Kerjaya Syahmi Sazli

Syahmi Sazli memulakan kerjayanya di YouTube apabila beliau memuat naik video pendek sulungnya, Baso Jate Pilih Rupo yang turut menampilkan Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Syahmi seterusnya muncul dalam Drama Spontan (2019) yang telah dinobatkan Video Pendek Baek di Konsert Throwbaek 2019.[3] Bekerja di bawah arahan Abdul Razak Mohaideen, mereka berlakon dalam filem Syif Malam Raya yang meraih kutipan RM3 juta di Astro First.[1][4] Beliau mula menduduki kerusi pengarah menerusi filem sulung arahannya, Mael Totey The Movie yang dikeluarkan di Astro First pada 22 Oktober 2020. Filem ini menjadi kejayaan komersial dan telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan.[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Syahmi Sazli http://www.imdb.com/name/nm11616458/ https://erinsakura.com/riuh-habis-pentas-syahmi-sa... https://gempak.com/artikel/36667/dari-youtuber-ke-... https://www.instagram.com/syahmisazli/ https://twitter.com/syahmi_sazli https://www.youtube.com/user/Syahmi_Sazli https://www.hmetro.com.my/rap/2020/10/631065/syahm... https://www.sinarharian.com.my/article/95918/LAPOR... https://www.thestar.com.my/lifestyle/entertainment... https://www.utusanborneo.com.my/2020/10/22/filem-p...